Segera kemas kini daftar pengundi SPR - Utusan Malaysia

Segera kemas kini daftar pengundi SPR

Kelayakan mengundi pada usia 18 tahun hanya akan dilaksanakan selepas 1 September tahun depan. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT ura-ura Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal melaksanakan daftar pemilih secara automatik apabila rakyat genap berusia 18 tahun.

Malah banyak desakan meminta perkara tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada golongan belia memilih seterusnya menentukan kerajaan.

Namun, SPR menyatakan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan ekoran situasi semasa yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah warganegara berumur 18 tahun dan ke atas ialah seramai 5.6 juta orang dan 1.2 juta daripadanya berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Walaupun individu tersebut sudah genap berusia 18 tahun, syarat-syarat tempat mengundi harus juga dinyatakan dengan jelas. Bukan bererti individu tersebut boleh menentukan sendiri kawasan mengundi mengikut pilihan mereka.

Individu yang berkelayakan dibenarkan mengundi secara automatik, namun perlu mengikut alamat kediaman yang terakhir seperti tertera dalam MyKad.

Selain itu, SPR juga harus menyediakan garis panduan agar tidak berlaku kesilapan berikutan pendaftaran pemilih hanya dibenarkan sebanyak 30,000 orang di setiap kawasan Parlimen.

Sekiranya di Parlimen tertentu sudah melebihi 30,000 orang mendaftar sebagai pemilih SPR, maka kawasan baharu berhampiran perlu diaktifkan.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya