Rupa atau bakat jadi ukuran? - Utusan Malaysia

Rupa atau bakat jadi ukuran?

BENARKAH berlaku lambakan pelakon yang hanya berpaksikan rupa paras tanpa bakat sebenar? – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DUNIA hiburan dan anak seni sememangnya tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu.

Namun jika diteliti, kebanyakan penggiat seni tempatan (pelakon dan penyanyi) seperti tidak dapat mengalas tanggungjawab serta tugas yang diberikan dengan baik.

Lakonan yang ditonjolkan kelihatan kaku dan tidak berjiwa manakala nyanyian didendangkan pula kurang emosi dan rasa. Apabila perkara seperti ini acap kali terjadi, ia seakan memberi ruang kepada masyarakat untuk mula meragui nilai bakat yang seharusnya seseorang karyawan seni miliki.

Perkara ini lebih membimbangkan apabila rupa paras diangkat menjadi satu syarat bagi mana-mana individu yang mahu bergelar anak seni.

Polemik antara rupa dan bakat ini masih hangat dibicarakan apabila terdapat lambakan pelakon dan penyanyi yang hanya berpaksikan rupa paras tanpa bakat sebenar dalam meraih kemasyhuran dan populariti segera.

Namun, adakah benar hanya rupa paras menjadi ukuran kepada kredibiliti seseorang anak seni untuk terus bertahan dan relevan dalam industri?

Tidak dinafikan pakej yang menarik oleh seseorang anak seni itu juga penting dalam mempengaruhi masyarakat untuk terus menonton kerana mempunyai nilai dari sudut gambaran dan sinematik. Namun, untuk menidakkan bakat seseorang individu dek kerana tidak mempunyai fizikal yang menarik harus ditepis sekerasnya.

Seharusnya penerbit dan stesen televisyen memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada individu yang betul-betul layak dan berpotensi besar untuk mewarnai arena seni tempatan.

Rupa paras dan bakat itu seharusnya berjalan seiringan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

NAZRA ALIFF NAZRI
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya