PRU-15: Guna lambang sendiri - Utusan Malaysia

PRU-15: Guna lambang sendiri

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI diketahui umum, setiap parti politik memiliki presiden yang bertanggungjawab memastikan partinya relevan dan menjalankan tugas dalam memperkukuhkan peranan serta keyakinan rakyat terutama pengundi.

Oleh itu, tonjolkanlah kehebatan parti masing-masing untuk bertanding dan menambat hati pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti. Gunakan lambang parti masing-masing sewaktu berkempen.

Walaupun tanpa bergabung dengan parti lain, saya pasti setiap parti politik mempunyai kelebihan selain mempunyai pengikut tersendiri. Contohnya, penyokong Pas tidak kisah siapa calon yang bertanding. Mereka mengundi berdasarkan nama serta lambang parti sahaja.

Tidak dinafikan terdapat juga pengundi tidak akan mengundi sesebuah parti kerana calon yang dirasakan kurang sesuai untuk memimpin kawasan terbabit.

Pun begitu, selepas menang nanti, parti-parti politik ini boleh bergabung untuk membentuk kerajaan.

Langkah ini sekali gus dapat mengelakkan ahli Parlimen melompat parti.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya