Pas harus adil dalam ‘poligami’ - Utusan Malaysia

Pas harus adil dalam ‘poligami’

PAS tidak harus mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh menyebabkan parti komponen lain tersinggung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Yang Dipertua Dewan Pas Bangi, Shafie Ngah baru-baru ini bahawa parti itu mahu merampas kembali kerusi Parlimen Bangi dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Ramal telah menimbulkan rasa kurang senang kepada parti komponen yang lain khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bangi yang bersama-sama dalam Perikatan Nasional (PN).

Saya ingin menasihatkan Pas supaya tidak mengeruhkan keadaan dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh menyebabkan pihak parti komponen lain tersinggung. Isu berkaitan kerusi dan sebagainya eloklah diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan tertinggi.

Bab kebersamaan di dalam PN pun masih belum selesai hingga ke peringkat bahagian, ini sudah bercerita perihal kerusi pula. Rakyat sedang menilai tuan-tuan.

Pas harus menunjukkan kematangan di dalam hal ini malah keikhlasan berjuang atas nama PN juga harus diperlihatkan dengan mengadakan lebih banyak program kerjasama antara parti gabungan PN di dalam bahagian.

Kita tahu bab ‘poligami’ ini sememangnya Pas lebih arif tetapi ia harus seimbang dan adil sama seperti masa laungan Pas yang mahu perkasakan PN dan mempertahankan Muafakat Nasional (MN).

Jadi saya fikir perkara ini terlalu awal untuk diperkatakan. Ini sekadar pandangan orang muda marhaen sahaja.

KHIDIR JAMIL
Ketua Armada Bersatu Bahagian Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya