Kesal Mardec gagal bayar pembekal, pekebun kecil getah sejak Julai 2020 - Utusan Malaysia

Kesal Mardec gagal bayar pembekal, pekebun kecil getah sejak Julai 2020

LAPORAN polis yang dibuat bagi mendesak Mardec Berhad membayar hutang kepada pembekal dan pekebun kecil getah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTUBUHAN Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM) kesal dengan sikap pengurusan tertinggi Mardec Berhad yang akhir-akhir ini gagal membuat pembayaran terhadap pembekal dan pekebun kecil getah.

PUGBM dan pembekal-pembekal getah telah cuba berbincang dengan pengurusan tertinggi Mardec untuk menyelesaikan masalah pembayaran yang tertangguh sejak Julai 2020. Namun, usaha ini gagal dan masalah menjadi bertambah kritikal.

Mengikut terma-terma perjanjian penswastaan, Mardec harus kekal memainkan peranan untuk meningkatkan kualiti getah dan taraf hidup pekebun kecil getah.

Oleh itu, PUGBM mendesak kerajaan dan Lembaga Pengarah Mardec agar melakukan siasatan secara menyeluruh dan forensik audit dilakukan untuk mencari punca masalah sebelum ia menjadi bertambah teruk serta memberi kesan kepada pembekal dan pekebun kecil getah.

Masalah kegagalan pembayaran sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi mulai timbul sejak akhir-akhir ini.

PUGBM menyokong strategi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang menganggap industri getah masih relevan di Malaysia dan satu penyelesaian secara konstruktif hendaklah dilakukan sebelum masalah ini menjadi satu bencana kepada industri getah tempatan.

KAMERUZAMAN AB. RAHMAN
Presiden PUGBM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya