Keputusan UMNO jangan sampai jadi liabiliti sokongan - Utusan Malaysia

Keputusan UMNO jangan sampai jadi liabiliti sokongan

Masalah dalaman UMNO bukan sesuatu yang merugikan rakyat khususnya orang Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APA jua keputusan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam, ia harus menjadi kewajipan dan tanggugjawab penting dalam memastikan hala tuju parti dapat meraih sokongan, bukannya menjadi liabiliti kepada orang Melayu untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Jangan jadi seperti rojak dalam membezakan antara kepentingan tanggungjawab kepada rakyat melalui kerajaan dan masalah dalaman parti sehingga ke tahap sanggup merobohkan kerajaan sendiri.

Perlu diingatkan, masalah dalaman parti bukanlah sesuatu yang merugikan rakyat khususnya orang Melayu. Apa yang menjadi keutamaan ialah kerajaan Perikatan Nasional perlu dikekalkan sehingga Parlimen dibubarkan .

Malah,keputusan untuk mengosongkan jawatan menteri dan timbalan menteri daripada UMNO bukanlah keperluan mendesak. Sebaliknya timbul persoalan, adakah PN akan tumbang jika perkara itu berlaku?

Adalah lebih baik diputuskan segera agenda penting seperti isu surat sokongan kepada Presiden PKR dan dakwaan rakaman perbualan antara Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

UMNO perlu mengadakan pemilihan parti bagi menepis persepsi negatif yang mengatakan parti tersebut tidak bermasalah, tetapi hanya permasalahan di peringkat kepimpinan.

RAHMAD ISAHAK
Aktivis politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya