Kenapa penerima zakat tidak boleh langgan Astro? - Utusan Malaysia

Kenapa penerima zakat tidak boleh langgan Astro?

ADA sesetengah kawasan, penduduk terpaksa melanggan siaran satelit berbayar jika mahu mendapat siaran yang jelas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BANYAK rungutan kedengaran mengenai susah sangat untuk mendapatkan bantuan daripada baitulmal ataupun pusat zakat negeri.

Kalau dibantu pun, dibuat secara ala kadar sahaja dan itu pun terpaksa menunggu agak lama kerana puncanya terlalu banyak sangat kerenah birokrasi yang terpaksa dilalui ketika membuat permohonan bagi mendapat bantuan tidak seberapa itu.

Ada juga rungutan yang penerima bantuan wang secara bulanan perlu mengisi borang baharu setiap tahun bagi membolehkan bantuan dilanjutkan.

Turut disyaratkan adalah rumah mereka tidak boleh ada siaran televisyen satelit berbayar, Astro. Jika ingkar, bantuan akan ditamatkan. Tahukah pihak-pihak berkenaan, ada sesetengah kawasan penduduk terpaksa melanggan siaran satelit berbayar jika mahu mendapat siaran yang jelas?

Jika prosedur terlalu ketat ditetapkan terhadap golongan miskin, ke manakah sebenarnya disalurkan wang kutipan zakat yang dikatakan berjumlah berbilion ringgit?

Jika urusan tadbir zakat kemas dan bijak, tidak timbul lagi kisah orang miskin yang hidup melarat tanpa rumah atau dikejar along hingga nyawa mereka terancam.

Pegawai-pegawai zakat jangan hanya duduk di pejabat tetapi keluarlah dari bilik berhawa dingin dan pergilah cari mereka yang susah di luar sana kerana ramai lagi hidup merempat.

Kaum Melayu sebenarnya tidak suka meminta-minta dan disebabkan kemiskinan, mereka kadangkala makan dua kali sehari sahaja dan ada yang sampai untuk membeli beras pun tidak mampu.

Janganlah kerana tiada permohonan, dijadikan alasan untuk tidak disalurkan bantuan.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban
Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya