Kenapa pembanci tanya penapis air? - Utusan Malaysia

Kenapa pembanci tanya penapis air?

TAG yang dipakai pembanci yang memperkenalkan diri dari Jabatan Statistik. – IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya dikunjungi pegawai banci penduduk (pembanci) yang memakai jaket dan tag Jabatan Statistik.

Beberapa soalan ditanya mengikut skrip atau senarai yang dibekalkan majikan mereka.

Walaupun mempertikaikan soalan-soalan asas terutama bertanya soal umur berkahwin dan sebagainya, lebih hairan apabila ditanya sama ada saya memasang penapis air di rumah dan mengambil perlindungan insurans.

Apabila saya bertanya apa asas serta hubung kait antara bancian isi rumah dengan penapis air dan insurans, pembanci hanya dapat menjawab soalan tersebut ada dalam senarai yang perlu ditanya dan dijawab oleh penduduk.

Oleh itu, diharap pengurusan atasan agensi yang dilantik membuat bancian ini dapat menjelaskan secara perundangan dan keperluan, kenapa soalan-soalan yang menimbulkan kemusykilan penduduk perlu ditanya?

TENGKU MAN
Senawang, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya