Kenal pasti punca kemajuan Singapura - Utusan Malaysia

Kenal pasti punca kemajuan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tertarik dengan artikel dalam kolum PM Tepi! bertajuk ‘Sakitnya’ tanah rizab Melayu yang disiarkan dalam ruangan Rencana Utusan Malaysia pada 1 Februari lalu.

Walaupun telah lama disiarkan, saya rasa masih relevan untuk disentuh mengenai artikel pendek dalam kolum sama yang menarik perhatian saya bertajuk Terkenang Singapura mengenai perpisahan republik itu dari Malaysia pada 1965.

Terdapat banyak persoalan yang sehingga kini belum terjawab, bagaimana sebuah negara kecil seperti Singapura dapat maju, berjaya dan berdaya saing berbanding negara serantau lain.

Antara persoalan itu yang harus dibongkar ialah adakah Singapura boleh maju dan makmur seperti sekarang sekiranya masih berada dalam Malaysia?

Bagaimana sebuah negara kecil yang tidak mempunyai hasil bumi yang banyak mampu memajukan ekonomi dan apakah kelebihan yang ada pada republik itu yang tiada pada Malaysia sehingga menyebabkan kita tidak mampu menyaingi mereka?

Apakah ketegasan dalam sistem pendidikan Singapura yang hanya membenarkan sekolah kebangsaan wujud membantu negara itu menjadi lebih maju?

Adakah percaturan politik di Singapura yang mengutamakan barisan kepimpinan yang mempunyai daya intelektual tinggi membolehnya maju ke hadapan?

Akhir sekali, sampai bilakah rakyat Malaysia perlu melihat dan menjadikan Singapura sebagai penanda aras apabila dibuat perbandingan dengan negara lain yang lebih maju dari segi ekonomi, politik dan sebagainya?

ROMY NOOR
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya