SAUDARA PENGARANG,
SEJAK Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ramai pemimpin politik khususnya dari UMNO dituduh di mahkamah dengan pelbagai tuduhan melibatkan jutaan ringgit.
Dari bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta pemimpin UMNO lain didakwa atas pelbagai tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sebagai rakyat, kami amat kecewa dengan pertuduhan tersebut. Seakan-akan wujud agenda tertentu untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukannya disebabkan kesalahan yang dilakukan.
Pada masa sama, di pihak lain, terdapat bukti kesalahan tetapi tidak dibuat tuduhan ke atas mereka. Adakah mereka berkuasa dan berkepentingan sehingga bebas daripada tuduhan? Adakah ini dikatakan keadilan?
Harapan kami agar keadilan dapat ditegakkan dan mahkamah bebas daripada pengaruh-pengaruh luar. Janganlah tunggu sehingga rakyat hilang kepercayaan terhadap sistem keadilan di Malaysia.
DEMI NEGARA
Pontian, Johor