Hati-hati pergi bazar Ramadan - Utusan Malaysia

Hati-hati pergi bazar Ramadan

PEMATUHAN prosedur operasi standard (SOP) mampu mengelak penularan pandemik Covid-19. – GAMBAR HIASAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA baik buat umat Islam yang mula berpuasa hari ini apabila bazar Ramadan dibenarkan beroperasi dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, bazar Ramadan menjadi pilihan utama buat mereka yang bekerja kerana kesuntukan masa menyediakan hidangan berbuka.

Ini kerana waktu kerja dan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak menyebabkan ramai menghadapi masalah untuk pulang ke rumah lebih awal.

Walaupun ada yang risau keberadaan orang ramai di bazar akan menjadi punca kes Covid-19 meningkat, namun saya percaya sekiranya pelanggan dan peniaga mengikut langkah yang disaran kerajaan dengan baik, perkara itu boleh dielakkan.

Justeru, menjadi tanggungjawab setiap daripada kita untuk patuh pada SOP dan menjaga diri sepanjang berada di bazar. Lebih baik sekiranya dapat mengelakkan daripada membawa kanak-kanak ketika membeli juadah berbuka.

Saya percaya sekiranya kita sama-sama mematuhi peraturan dan menjaga kebersihan, sudah pasti mampu mengekang penularan pandemik Covid-19.

ZUNAIDAH
Pandan Indah, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya