Hala tuju malap punca UMNO kalah PRU-14 - Utusan Malaysia

Hala tuju malap punca UMNO kalah PRU-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK laporan berita bertajuk UMNO berpecah? yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 2 April lalu, saya berpendapat UMNO tidak mempunyai hala tuju yang jelas menyebabkan parti itu berisiko berpecah.

Tiada kerangka politik yang jelas seperti persiapan selepas kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu di peringkat parti.

Untuk PRU-15 nanti, UMNO sepatutnya merangka strategi merapatkan saf pengundi Melayu dan membentuk parti Melayu yang lebih kuat. UMNO dan Pas perlu menjadikan kemenangan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu sebagai teladan untuk memperkuatkan parti dalam menghadapi PRU-15.

Timbul persoalan, mengapa kedua- dua parti ini beria-ria untuk menang dalam beberapa PRK lalu tetapi enggan meneruskan gabungan dalam pilihan raya akan datang?

Mungkinkah kedua-dua parti sedang merangka strategi untuk mengumpul sebanyak tenaga dalam menghadapi peperangan besar dan membuat penggabungan?

Tiada siapa tahu percaturan mereka untuk menghadapi PRU-15. Janganlah nanti persiapan dan strategi hanya di atas kertas dan gagal diterjemahkan di peti undi.

Pengundi pada PRU lalu mungkin telah dimanipulasi oleh diayah politik dan mereka melalui pengalaman di bawah kerajaan Parti Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengalaman di bawah dua kerajaan ini sedikit sebanyak memberi pengajaran baharu kepada pengundi Pas dan UMNO untuk memilih pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Kita tidak mahu perpecahan UMNO dan Pas membuka peluang kepada parti lain memancing pengundi atas pagar dengan menawarkan pelbagai janji yang sukar dilaksanakan umpama bulan dan bintang.

Selain itu, cadangan Khairy Jamaluddin agar disegerakan pemilihan UMNO untuk merungkai kemelut dalaman parti amat wajar kerana perwakilan dapat memilih pemimpin baharu, seterusnya menjalin kembali kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN). Mana tahu, gandingan muka baharu di bawah MN berjaya membentuk kerajaan baharu?

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya