Banyak tempat menarik di KL - Utusan Malaysia

Banyak tempat menarik di KL

MENARA Berkembar Petronas akan mempunyai pesaing baharu iaitu bangunan PNB 118 yang hampir siap pembinaannya. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ucapkan syabas kepada Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Saya berharap pelantikan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dari Sabah itu akan memberi nafas baharu kepada sektor pelancongan khususnya menggiatkan aktiviti lawatan antara Sabah dan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Dengan pelaksanaan Gelembung Pelancongan Bersasar bermula Mac lalu, pelancong dari negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) boleh merentas negeri PKPP lain bagi tujuan pelancongan domestik menggunakan khidmat agensi pelancongan.

Langkah itu dapat merancakkan semula sektor pelancongan domestik kerana pelancong boleh merentas negeri tanpa perlu mendapatkan permit.

Kebenaran itu tidak melibatkan enam negeri dan wilayah yang masih kekal dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Persediaan perlulah dibuat bagi memastikan pengusaha pelancongan di negeri-negeri yang masih di bawah PKPB dapat terus bertahan dengan memberikan pelbagai bantuan termasuk kewangan.

Setelah PKPB tamat, saya berharap kerajaan dapat bertindak segera membuat promosi secara agresif bagi menarik kemasukan pelancong termasuk ke Kuala Lumpur yang mempunyai banyak bangunan pencakar langit.

Selain tarikan Menara Berkembar Petronas, terdapat bangunan tertinggi baharu, PNB 118 yang hampir siap. Apabila siap, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai.

SEMUT KERENGGA
Sungai Siput, Perak

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya