Bacaan kitab dalam program filantropi nabi - Utusan Malaysia

Bacaan kitab dalam program filantropi nabi

PROGRAM Filantropi Nabi yang dianjurkan berjaya memupuk rasa cinta terhadap budaya membaca.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJURUS penobatan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia 2020, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus berinisiatif memberi fokus terhadap pendidikan yang inklusif, pembangunan masyarakat berasaskan pengetahuan dan kebolehcapaian membaca kepada segenap populasinya. Untuk menjayakan hasrat ini, kempen KL BACA 2020 diperkenalkan bagi mempromosi buku dan membaca serta menganjurkan aktiviti sejak 23 April tahun lalu.

Tidak mahu ketinggalan dalam penyemarakan kempen ini, Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dan Akademi Qasidah bekerjasama dengan DBKL, Alam Flora Sdn. Bhd, Yayasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bank Islam Malaysia Berhad, Pusat Pungutan Zakat, Universiti Multimedia Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menjayakan program Filantropi Nabi.

Program yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan warga kota di samping menambahkan mahabbah dan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW ini, ia turut melibatkan aktiviti pembacaan kitab Maulid al-Barzanji dan Maulid Al-Dhiya’ al-Lami’ oleh lapan orang qari antarabangsa, iaitu Sheikh Abdul Razak al-Masri (Mesir), Habib Dr. Taher Mohammed Abdo Al-Ahdal (Arab Saudi), Sheikh Imran Angullia (Singapura), Mu’azzin Aqil (Indonesia), Sheikh Rami Al-Badawi (Syria), Sheikh Mahmood al-Wasobi (Yemen), Noor Azam Hamid (Malaysia) dan Muhammad Husaini Mahmur (Malaysia) serta dibacakan doa pengkhataman pembacaan kitab oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn.Bhd, Datuk Mohd. Zain Hasan.

AIZUDDIN HAKIM MOHD. YUSOF
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Dai
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya