Apa status pembantu rumah warga asing? - Utusan Malaysia

Apa status pembantu rumah warga asing?

Pengumuman pembukaan semula kemasukan pembantu rumah warga asing pada 30 Mac lalu sehingga kini masih samar-samar. – Gambar hiasan/Utusan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KERAJAAN diminta mengesahkan kenyataan yang dibuat mengenai pembukaan semula kemasukan pembantu rumah warga asing yang diumumkan pada 30 Mac lalu.

Kenyataan tentang permohonan baharu masih samar-samar sama ada sudah boleh dimulakan kerana ia mengambil masa tiga hingga empat bulan sedangkan pembantu rumah asing hanya boleh mula bekerja selepas sempadan negara dibuka.

Persoalannya, bagaimana agensi pekerjaan swasta boleh menerima pembantu rumah warga asing tanpa pengesahan daripada kerajaan dan pihak berkaitan seperti kedutaan?

Dengan mencari dan merekrut pembantu rumah asing ke negara ini tanpa arahan dan pengesahan adalah tidak logik. Sedangkan selama setahun, agensi pekerjaan swasta tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan dan sekarang tiada pengesahan atau tindakan untuk memudahkan semua urusan bersangkutan seperti calling visa yang diluluskan pada 2020 masih belum selesai.

Kini, kita diminta membuat permohonan baharu dan sekiranya lulus, apa akan jadi kepada calling visa terbaharu? Adakah akan melambatkan lagi proses?

Kerajaan harus bertindak untuk membenarkan calling visa yang diluluskan pada tahun lalu diproses segera melalui Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) dengan menggunakan prosedur sama supaya semua agensi berdaftar dapat melakukan proses seterusnya.

Pada masa ini, hanya pembantu rumah yang sudah pulang dan masih mempunyai visa dibenarkan masuk menggunakan pas pelancongan. Bagaimana pula dengan prosedur dan skop kemasukan bagi calling visa tergendala dan permohonan baharu?

Rata-rata agensi pekerjaan swasta bersyukur apabila Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan permohonan dan proses kemasukan pekerja asing dibenarkan. Namun selepas seketika, ia senyap dan tiada tindakan.

Kerajaan perlu membuat pembaharuan bersama agensi di Indonesia dan Filipina, selain sebagai rakyat, kami berhak mengetahui sebarang prosedur berkaitan calling visa.

Pada masa ini, sebarang permohonan kepada agensi negara sumber hanya boleh dilakukan setelah kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan tersebut penting kerana ia akan memudahkan pelbagai pihak.

Sehingga kini, agensi pekerjaan swasta masih belum mendapat bantuan daripada jabatan terlibat. Sebaliknya agensi pelancongan menerima bantuan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, sedangkan ia hanyalah agensi berdaftar.

ZUBAIDAH M. ALI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya