SAUDARA PENGARANG,
SAYA menyokong cadangan Teropong Do Re Mi dalam Forum, baru-baru ini berhubung kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan.
Saya juga bersetuju Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang merupakan badan atau agensi kerajaan dalam menguruskan pencen pesara mengkaji semula kekukuhan wang untuk meringankan beban golongan itu.
Ini kerana rata-rata golongan majoriti pesara terdiri daripada mereka yang bergred 56 dan ke bawah. Mereka kebanyakannya masih lagi mempunyai tanggungan keluarga dan anak masih bersekolah berbanding gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Setidak-tidaknya kenaikan tahunan ini membolehkan pesara berehat dan tidak lagi perlu bekerja pada usia 60 tahun ke atas untuk menampung perbelanjaan.
DZANMUO Bakri
Muar