Wajibkan sesi taklimat sebelum kahwin warga asing - Utusan Malaysia

Wajibkan sesi taklimat sebelum kahwin warga asing

TAKLIMAT atau kursus kahwin penting bagi memastikan calon pengantin bersedia memikul tanggungjawab selepas berkahwin dengan warga asing. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAKHIR ini, semakin ramai rakyat tempatan terutama wanita berkahwin dengan warga asing yang bekerja di sini.

Biarpun banyak cerita buruk berkaitan perkahwinan dengan orang luar, namun ia terus berlaku. Justeru, satu taklimat atau sesi beri maklum perlu diadakan kepada pasangan yang bakal berkahwin dengan pendatang asing.

Taklimat ini perlu dilakukan bagi memberitahu mereka tentang risiko yang mungkin berlaku apabila berniat meneruskan perkahwinan tersebut.

Taklimat sebegini juga mungkin boleh disertakan dalam kursus perkahwinan yang akan mereka jalani. Lebih baik sesi tersebut diwajibkan kepada setiap bakal pengantin.

Ini penting bagi memastikan mereka benar-benar memahami kemungkinan yang terjadi dalam sesebuah perkahwinan, seterusnya dapat membuat keputusan sebaik-baiknya.

Ini kerana sekiranya berlaku sesuatu dalam rumah tangga, dikhuatiri akan terjadi pengabaian. Kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga sebelah suami juga akan menjadi masalah di kemudian hari.

Lebih mengecewakan, mereka akan mengambil kesempatan berniaga menggunakan nama isteri. Kebanyakannya membabitkan pendatang asing yang bekerja untuk memenuhi sektor buruh dalam negara.

Pernikahan tanpa menjalani prosedur yang betul akan memberi kesan seperti masalah penempatan anak di sekolah ekoran tiada dokumentasi sempurna seperti sijil kelahiran.

Apabila diselidik, ramai dalam kalangan mereka tidak terlintas akan berdepan pelbagai masalah hasil perkahwinan dengan warga asing.

PENGANTIN LAMA
Nenasi, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya