Utamakan hubungan halal - Utusan Malaysia

Utamakan hubungan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA portal berita melaporkan ramai pelajar universiti mencari sugar daddy bagi mendapatkan wang dengan cara mudah untuk menampung kos hidup serta yuran pengajian.

Aplikasi terbesar di Asia yang menghubungkan sugar daddy-sugar baby, Sugarbook turut melaporkan peningkatan pendaftaran pelajar sehingga 40 peratus untuk menjadi sugar baby sejak Januari lalu. Ia juga mendedahkan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Lembah Klang termasuk dua universiti awam berdaftar dengan platform itu.

Bagi saya pendedahan itu sangat membimbangkan. Tambahan pula, Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia dengan 42,500 sugar daddy.

Statistik yang menunjukkan majoriti ‘sugar baby’ adalah dalam kalangan pelajar universiti perlu disahkan kebenarannya kerana boleh menjejaskan nama baik IPT di negara ini.

Matlamat hubungan tidak bermoral ini adalah untuk mendapatkan wang bagi wanita dan lelaki pula mahukan layanan mesra dan hubungan seks.

Gejala tidak bermoral ini akan menyebabkan kerosakan dalam kalangan masyarakat.

AIZAT
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya