Tambah baik aplikasi MySejahtera - Utusan Malaysia

Tambah baik aplikasi MySejahtera

GELOMBANG ketiga jangkitan Covid-19 yang menyaksikan jumlah kes meningkat dengan banyak mencetuskan keperluan untuk menambah baik aplikasi MySejahtera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

APLIKASI MySejahtera dibangunkan oleh kerajaan bertujuan membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa sama, ia membantu Kementerian Kesihatan mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Bagaimanapun, gelombang ketiga jangkitan yang menyaksikan jumlah kes meningkat dengan banyak mendedahkan keperluan untuk menambah baik aplikasi MySejahtera supaya pengesanan kontak dapat dilaksanakan dengan lebih pantas.

Dengan teknologi dan penggunaan data digital yang lebih baik, maka integrasi dapat dibuat dengan pihak lain seperti polis. Pihak polis dapat membantu Kementerian Kesihatan mengenal pasti kontak rapat kes positif Covid-19 sekali gus dapat mengurangkan beban petugas kesihatan dan membolehkan mereka memberi tumpuan merawat pesakit.

Selain polis, data berkenaan boleh dikongsi dengan sektor swasta bagi mempercepatkan proses pengesanan kontak dan bantuan-bantuan lain dalam menangani pandemik berkenaan.

Namun, pentingnya kerajaan berhati-hati dalam hal ini kerana data aplikasi MySejahtera seharusnya dilindungi dan digunakan untuk pengurusan Covid-19 sahaja, bukan tujuan lain.

Selain itu, tahap penggunaan aplikasi tersebut perlu ditingkatkan. Sehingga November lalu, aplikasi MySejahtera hanya mengesan 7,606 kes (kira-kira 26.5 peratus) kontak rapat.

FARHAN KAMARULZAMAN
Pembantu penyelidik di EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya