Takwa bukan hanya pada bulan Ramadan - Utusan Malaysia

Takwa bukan hanya pada bulan Ramadan

TAKWA bermaksud takut kepada Allah, beramal dengan kitab yang diturunkan, reda dengan ketentuan Allah dan bersiap sedia untuk hari akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HAMPIR setahun dunia berdepan ujian pandemik Covid-19 yang tidak diketahui bila akan berakhir. Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di negara kita benar-benar memberi kejutan kepada seluruh rakyat.

Tempoh PKP sedikit sebanyak menimbulkan kesan kepada pendapatan isi rumah, masalah emosi dan menganggu proses pembelajaran anak-anak.

Bagaimanapun, masalah ini harus juga dinilai dengan hikmah agar ujian yang melanda dapat diatasi secara tenang dan rasional. Inilah masanya untuk setiap umat Islam memahami kembali sifat takwa yang dianjurkan Allah.

Jika sebelum ini, takwa hanya bergema ketika bulan Ramadan dan dikaitkan dengan dengan ibadat puasa, namun buat masa sekarang sifat tersebut harus diterjemahkan pada setiap masa terutama ketika tempoh PKP.

Takwa bermaksud takut kepada Allah, beramal dengan kitab yang diturunkan, reda dengan ketentuan Allah dan bersiap sedia untuk hari akan datang.

Berdasarkan maksud yang dinyatakan ini, secara jelas takwa boleh dipecahkan kepada empat ciri, iaitu pertama, tawadhu’ atau sifat rendah hati dalam menerima kenyataan bahawa Allah berkuasa memberikan kepada sesiapa sahaja ujian penyakit Covid-19 tanpa mengira latar belakang, pangkat dan kedudukan.

Kedua ialah qana’ah, iaitu reda menerima apa jua yang ditentukan oleh Allah seperti dibuang kerja atau hilang pendapatan ketika pandemik ini.

Ketiga ialah wara’, bermaksud menjauhi diri daripada perkara yang samar-samar atau boleh mendatangkan keraguan seperti berita dan kenyataan palsu dan yang kurang jelas mengenai Covid-19.

Keempat ialah yakin, iaitu beriman dan meyakini tanpa syak kekuasaan dan kebesaran Allah yang mengatur kejadian alam termasuk menerima sepenuh hati walaupun dilanda dugaan kesakitan, hilang punca rezeki mahupun kehilangan nyawa.

DR. RISWADI AZMI
Ketua Pusat Islam Sultan Mahmud

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN