Tak faham kenapa Perpustakaan Negara tutup - Utusan Malaysia

Tak faham kenapa Perpustakaan Negara tutup

Perkhidmatan Perpustakaan Negara perlu dibuka semula bagi memudahkan golongan pelajar mendapatkan maklumat untuk tujuan pembelajaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA tidak faham mengapa Perpustakaan Negara di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur perlu ditutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedangkan kebanyakan pejabat kerajaan sudah dibuka dan beroperasi seperti biasa.

Kedai-kedai dan premis perniagaan juga sudah dibuka, begitu juga sekolah pada bulan ini. Jadi, apa keperluan untuk terus menutup perpustakaan daripada terus beroperasi?

Kami sebagai pengguna mendapati pengunjung perpustakaan tidak ramai sehingga perlu bersesak-sesak.

Pengguna perkhidmatan ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan kerap menggunakan pensanitasi.

Malah suhu badan diambil sebelum memasuki premis. Pun begitu, kerajaan masih lagi mahu menutup gedung ilmu ini. Ramai pengguna mengeluh dan kecewa dengan penutupan perkhidmatan tersebut ditutup tanpa sebab munasabah.

Sebagai rakyat marhaen, kami perlu menggunakan perpustakaan untuk membuat kajian, tesis, persediaan untuk peperiksaan, mencari bahan bacaan, melayari internet dan pelbagai perkhidmatan lagi. Apa salahnya kalau perpustakaan dibuka untuk kegunaan rakyat?

SHAIFUDDIN SABRI
Taman Melati, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya