Sukar maju jika sekat hak bersuara - Utusan Malaysia

Sukar maju jika sekat hak bersuara

SESI perdebatan boleh diadakan bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Ada pengendali portal berita dikenakan tindakan undang-undang kerana pembaca menggunakan hak kebebasan bersuara untuk memberi komen.

Kebebasan setiap orang untuk bersuara adalah sebahagian daripada hak asasi setiap manusia. Artikel 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 memperuntukkan dengan jelas kebebasan setiap manusia untuk bersuara bagi meluahkan pandangan dan pendapat mereka.

Hak individu untuk bersuara adalah penting bagi mengekalkan semangat demokrasi yang telah lama diamalkan di negara ini sejak merdeka. Agak sukar sesebuah negara untuk maju sekiranya hak setiap penduduk untuk bersuara tidak dihormati.

Pendapat berbeza seharusnya didengari, dinilai dan dipertimbangkan. Sekiranya bermanfaat, ia boleh digunakan untuk kebaikan semua pihak.

Pihak berkuasa harus berani mendengar dan memahami rintihan serta luahan hati setiap orang walaupun ia merupakan satu proses yang sukar dan berat untuk dilakukan.

Sekiranya terdapat sebarang perbezaan pendapat, proses perbincangan dan perdebatan perlu dilakukan supaya semua pihak terlibat dapat memahami dengan lebih baik apa yang ingin disampaikan serta menyelesaikan sebarang isu ataupun masalah berbangkit.

DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya