Struktur kembali pinjaman B40 untuk kehidupan lebih baik - Utusan Malaysia

Struktur kembali pinjaman B40 untuk kehidupan lebih baik

NORMILA Mohd. Sabar meneruskan perniagaan di hadapan terminal feri Kuala Perlis meskipun pendapatannya terjejas sepanjang penularan pandemik Covid-19 di negara ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU kemiskinan bukan perkara baharu terutama melibatkan orang Melayu. Kesempitan hidup masyarakat marhaen bertambah parah sejak pandemik Covid-19 melanda setahun lalu. Kesusahan mereka banyak dipaparkan dalam akhbar.

Antaranya, kisah terpaksa menggadai harta benda seperti barangan kemas serta menjual kenderaan untuk mendapatkan wang bagi memulakan perniagaan atau membeli peranti anak untuk meneruskan persekolahan dalam talian.

Peminjam wang termasuk ah long pula mendakwa purata 40 peminjam datang dalam sehari bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Senario kesempitan hidup pada masa sekarang bukan hanya berlaku di bandar tetapi melarat ke luar bandar.

Difahamkan, sebanyak 10,000 peniaga mikro terpaksa gulung tikar dengan jumlah kerugian RM3 bilion walaupun menerima Geran Bantuan Prihatin, Pinjaman Subsidi Upah dan Bantuan Prihatin Nasional.

Nampaknya, usaha kerajaan untuk membantu hanya memberi kelegaan seketika dan gagal untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat dalam jangka masa panjang.

Di mana silapnya dan bagaimana untuk membantu rakyat agar boleh bertahan dan pada masa sama tidak dibebani hutang?

Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia perlu menstruktur semula pinjaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40) agar mereka boleh berbelanja dengan wang bantuan. Langkah ini juga dapat mengelakkan mereka daripada mencagar dan menjual harta benda sendiri.

Jika tidak dilakukan sedemikian, ekonomi dan kehidupan mereka akan jatuh dan tidak bangun lagi.

ABDUL HAMID
Temerloh, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya