Staf premis jual gajet tidak mesra pelanggan - Utusan Malaysia

Staf premis jual gajet tidak mesra pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA kecewa dengan sikap dan layanan staf di sebuah kedai gajet di pusat beli belah Mid Valley di ibu negara yang dilihat memilih pelanggan. Saya ke situ pada 16 Februari lalu.Hampir setengah jam membelek peranti Ipad 8 Generation, tiada mana-mana staf datang menghampiri saya.

Saya perasan yang staf hanya mendekati pelanggan lain yang mungkin secara lahiriah kelihatan berduit dan langsung tidak menghiraukan kehadiran saya bersama seorang rakan.

Mujur saya membawa rakan kerana dialah yang memberi panduan dan menerangkan ciri-ciri yang terdapat pada peranti tersebut bagi memenuhi keperluan kerja saya.

Disebabkan itu, saya pula terpaksa mencari staf dan layanan yang diberikan sangatlah tidak profesional. Apabila saya bertanyakan warna gajet yang ditawarkan, staf itu menyebut putih.

Timbul rasa musykil kerana setahu saya, tiada peranti Ipad berwarna putih. Jawapan tersebut seolah-olah menyindir saya.

Saya membuat pembelian pada pukul 7.22 malam. Selepas membuat bayaran, saya terpinga-pinga kerana tiada apa-apa perkataan yang diucapkan mahupun garis panduan yang diberikan.

Apa salahnya, staf ringan mulut menerangkan tentang jaminan barangan yang dibeli.

PELANGGAN KECEWA
Petaling Jaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya