Seremban sepi macam tidak berpenghuni - Utusan Malaysia

Seremban sepi macam tidak berpenghuni

Majlis Bandaraya Seremban (MBS) perlu kreatif dan bijak untuk mencipta sesuatu yang unik bagi menarik pelancong ke Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai telah digabungkan serta dinaikkan taraf sebagai Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 20 Januari tahun lalu.

Setelah lebih setahun, MBS semakin menyerlah terutama dalam menjaga kebersihan kawasan bandar raya. Sesuai sangat dengan moto baharunya, Mampan, Bersih, Sejahtera.

Sistem trafik nampak berjalan lancar. Kawasan sekitar bandar raya juga dihiasi pokok bunga di sepanjang bahu jalan utama dengan lampu-lampu dihias indah. Cahaya lampu di taman-taman perumahan terang benderang dan tidak lagi malap seperti kebiasaan.

Sebagai warga Seremban yang membayar cukai taksiran dan cukai berkaitan lain, saya ingin memberikan buah fikiran untuk memajukan bandar raya ini sebagai kawasan tarikan pelancongan.

Seremban mudah dikunjungi pelancong kerana terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan jarak perjalanan berkereta kira-kira setengah jam.

MBS perlu kreatif dan bijak untuk mencipta sesuatu yang unik atau lain daripada yang lain bagi menarik pelancong. Kalau bandar raya Melaka, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Bharu dan Kuala Terengganu menjadi tumpuan pelancong kerana tarikan tersendiri, kenapa Seremban tidak boleh setanding atau lebih baik?

Pada masa sama, MBS perlu membersihkan sungai-sungai seperti Sungai Temiang dan menaik taraf tandas-tandas awam.

Begitu juga semua bangunan terbengkalai yang menyakitkan mata memandang hendaklah diruntuhkan. Pastikan Seremban ‘hidup’ pada waktu malam. Bukan seperti sekarang, seawal pukul 7 petang sudah macam tiada penghuni lagi.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL
Ampangan, Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya