Sediakan laluan alternatif di projek pembinaan lebuh raya - Utusan Malaysia

Sediakan laluan alternatif di projek pembinaan lebuh raya

Dua maut manakala tiga lagi pekerja kilang terselamat dalam kejadian runtuhan perancah projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEMALANGAN yang berlaku di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak pada 3 Mac lalu amat menyedihkan.

Pemandu treler di bawah pengaruh dadah dipercayai menjadi punca kejadian yang meragut dua nyawa dan tiga lagi cedera selepas melanggar perancah besi pembinaan lebuh raya tersebut.

Seperti diketahui umum, kawasan berkenaan merupakan laluan utama yang sentiasa sibuk dan kerap berlaku kemalangan. Sepanjang 20 tahun berulang-alik ke tempat kerja menggunakan laluan tersebut, hampir setiap hari berlaku kesesakan.

Oleh yang demikian, pihak kontraktor wajib memastikan langkah-langkah keselamatan diambil sepanjang masa untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Laluan alternatif patut disediakan di lokasi kritikal. Pada masa sama, pihak berkuasa harus memastikan pemandu kenderaan berat mematuhi peraturan jalan raya dan bebas daripada pengaruh dadah.

PESARA
Bandar Baru Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN