Reformasi elak lompat parti - Utusan Malaysia

Reformasi elak lompat parti

LOMPAT parti bukan suatu tindakan yang wajar dipuji apatah lagi digalakkan sehingga dibenarkan menjadi budaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NAMPAKNYA budaya lompat parti masih berterusan. Persoalannya, adakah perkembangan ini baik kepada kita?

Sesetengah pendapat yang meraikan budaya ini melihatnya sebagai politik tanah air yang dinamik, mencerminkan kematangan dan berorientasikan kepentingan rakyat.

Bagi yang menentangnya pula berpendapat, tindakan pemimpin yang mengubah haluan politik mereka setelah dipilih oleh pengundi sebagai suatu bentuk pencabulan hak asasi yang nyata bersifat khianat dan tidak bermaruah.

Bagi saya, kedua-dua pendapat itu benar belaka. Namun, dalam kita berbicara tentang kematangan politik, mahu atau tidak kita terpaksa mengakui lompat parti bukan suatu tindakan yang wajar dipuji apatah lagi digalakkan sehingga dibenarkan menjadi budaya.

Bagaimanapun, selagi wujud kelompangan yang ketara dalam sistem perundangan negara maka drama ini akan berterusan walaupun majoriti rakyat sepakat menolaknya. Justeru, tiba masanya untuk kita mengambil pendekatan lebih bersungguh-sungguh bagi menoktahkan episod pembunuhan demokrasi secara demokratik itu.

Pertama, perlu segera diwujudkan akta khusus bagi menghalang wakil rakyat meninggalkan parti selepas dipilih dalam pilihan raya, baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri seperti dilaksanakan di Pulau Pinang.

Kedua, jika langkah pertama gagal, kita mungkin perlu memikirkan pembaharuan secara total terhadap sistem pilihan raya agar tidak lagi berorientasikan calon individu tetapi parti. Parti yang menang diberikan hak eksklusif untuk melantik perwakilan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

RIZUAN MH
Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya