Rakyat lebih bijak menilai, memilih - Utusan Malaysia

Rakyat lebih bijak menilai, memilih

JUTAAN rakyat dapat melihat apa yang dilakukan Muhyiddin sejak hari pertama beliau menjadi Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA mengikuti laporan media massa baru-baru ini yang memuatkan wawancara khas dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena setahun pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Apabila Perdana Menteri ditanya perkara yang mendorongnya selama setahun menerajui kerajaan, beliau menjawab: “Yang menjadi pendorong saya ialah rasa tanggungjawab dan amanah yang mesti saya tunaikan.”

Saya percaya rasa kebertanggungjawaban dan amanah itulah yang masih meletakkan Ahli Parlimen Pagoh tersebut di kerusi Perdana Menteri walaupun wujud pelbagai gangguan dan cubaan menjatuhkannya selama setahun beliau menerajui negara.

Kerana rasa tanggungjawab itu, beliau melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat walaupun pelantikannya bukan melalui pilihan raya umum sebaliknya disebabkan krisis politik, awal tahun lalu.

Sepanjang setahun itu, saya dan juga jutaan rakyat lain dapat melihat apa yang dilakukan Muhyiddin sejak hari pertama menjadi Perdana Menteri. Seperti dimaklumkan dalam wawancara khas itu, beliau bermesyuarat setiap hari untuk mencari jalan menyelamatkan Malaysia dan membantu rakyat.

Sepanjang setahun sejak 1 Mac 2020 itu, tidak banyak berita Perdana Menteri berbicara mengenai politik, sebaliknya yang banyak adalah serangan politik terhadap beliau.
Saya yakin kritikan dan serangan terhadap Perdana Menteri serta PN tidak akan terhenti, tetapi saya juga yakin rakyat bijak menilai apabila tiba masanya memilih pentadbiran baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

KHUSAIRI ABD. MANAF
Segamat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya