Pusat kebajikan ‘nazak’ - Utusan Malaysia

Pusat kebajikan ‘nazak’

Persatuan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat Shan Dai Selangor menerima sumbangan menerusi Kempen Menderma Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pandemik, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMPENA Tahun Baharu Cina, Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF) serta Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia melancarkan Kempen Menderma Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pandemik untuk membantu warga emas, anak yatim, orang kurang upaya, rumah pelindungan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai dana mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha ini diambil selepas menyedari banyak pusat kebajikan hampir ditutup ekoran kekurangan dana.

Presiden Kebangsaan Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Michael Kang yakin kempen tersebut akan mendapat sokongan daripada rakyat yang prihatin.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian melalui akaun bank OCBC milik Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia bernombor 7081016783. Resit transaksi boleh dikirim melalui WhatsApp ke 017-6697231 (Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia) atau 016-2077802 (ARFF).

ARFF & PERSATUAN PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya