SAUDARA PENGARANG,
ISU penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor yang cuba memperbetulkan sebutan perkataan Inggeris oleh seorang menteri sudah menjadi semacam satu polemik dalam kalangan warganet, baru-baru ini.
Lumrahnya, ada yang menghentam dan ada juga memuji tindakan beliau. Bagi saya, kalau hendak bertutur, biarlah setepat yang mungkin. Kalau boleh, jangan pelat dan jangan telor.
Saya pun cuba perbaiki kepelatan saya apabila bertutur dalam bahasa Melayu serta memperbaiki nahu saya melalui bacaan harian menerusi akhbar Utusan Malaysia.
Oleh demikian, saya tiada masalah dengan tindakan Adibah yang cuba memperbetulkan apa yang salah.
KENNETH CHEW
Pulau Pinang