Penutupan perpustakaan ikut SOP - Utusan Malaysia

Penutupan perpustakaan ikut SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERLEBIH dahulu Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mengucapkan terima kasih atas keperihatinan pengguna terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.

Merujuk kepada aduan pembaca yang dikemukakan oleh seorang pengguna PNM bernama Shaifuddin Sabri dalam Forum Utusan Malaysia pada 6 Mac lalu mengenai penutupan perkhidmatan PNM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kami mengambil maklum dan perhatian mengenai isu ini.

Penutupan perkhidmatan PNM sejak pelaksanaan PKP pada 13 Januari lalu adalah selaras dengan arahan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ini demi menjamin keselamatan pengguna dan kakitangan PNM serta membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Untuk makluman, perkhidmatan PNM dibuka semula mulai kelmarin (9 Mac) untuk orang awam. Semua pelawat dan pengunjung dikehendaki mematuhi SOP dan amalan norma baharu semasa berada di premis PNM.

DATIN JAMALIAH MOHD. NAYAN
Timbalan Ketua Pengarah PNM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya