Pendekatan pragmatik atasi gawat pandemik - Utusan Malaysia

Pendekatan pragmatik atasi gawat pandemik

KEMAHIRAN pragmatik penting dalam meluah dan menyampaikan isi pemikiran, idea dan perasaan dalam kelompok kehidupan berbeza. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAHULU, tiada siapa terfikir yang suatu hari nanti dunia akan dilanda Covid-19. Hari ini, Tuhan telah menunjukkan kekuasaan-Nya, musibah global yang tidak pernah terjangkau dek akal berlaku hanya dalam sekelip mata.

Bekerja, belajar dari rumah, pemakaian pelitup muka dan meletakkan tangan di dada sebagai pengganti bersalaman menjadi amalan baharu. Semua pihak harus berlapang dada dan menerimanya sebagai ketentuan Yang Maha Esa dalam waktu sukar ini.

Redakan resah dengan lidah yang sentiasa basah dengan bacaan zikir. Surutkan gusar dengan bahasa yang tidak kasar malah santun ketika berbicara dengan sesiapa jua.

Gunakan pragmatik untuk mengatasi panik pandemik dan jiwai masalah orang lain dengan meletakkan diri sendiri dalam konteks kesulitan mereka.

Gunakan perkataan mudah dan ayat jelas tanpa mengira status sebagai pemimpin, rakyat, majikan, pekerja, ibu bapa dan anak-anak dalam mengatasi gusar pandemik.

Andai ditakdirkan Covid-19 tidak pulih selamanya, maka kuasailah pragmatik dengan teliti dan cermat kerana agama menyeru kita mengamalkan sikap santun serta saling menegur dengan penuh hikmat.

Allah SWT berfirman maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah Al-Nahl, ayat 16:125).

Selamat berpragmatik, selamat menjaga tutur dan kata,. Semoga tabah hadapi pandemik dan sentiasa hidup sihat.

DR. RADHIAH ISMAIL
Pensyarah Kanan
Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan
Universiti Malaysia Terengganu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya