Pembahagi jalan punca kemalangan? - Utusan Malaysia

Pembahagi jalan punca kemalangan?

PEMBAHAGI jalan yang tidak lurus dan rendah menjadi punca kemalangan. – UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA hari lalu, berlaku kemalangan membabitkan sebuah keluarga di Jalan Saujana Impian berhadapan pasar raya Tesco.

Kemalangan itu meragut nyawa suami isteri manakala dua anak mereka cedera ringan apabila pemandu van dari arah Semenyih menghala Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan, sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Ini bukanlah peristiwa malang pertama, sebaliknya Jalan Pintasan Kajang-Semenyih tersebut kerap berlaku kemalangan sehingga mengorbankan banyak nyawa. Berkemungkinan disebabkan struktur jalan yang membahayakan pengguna jalan raya.

Kami sudah membuat aduan kepada beberapa agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), namun dimaklumkan bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Persoalannya, bagaimana jalan tersebut dibina sekiranya tiada pihak yang mengaku meluluskannya? Di mana pula wakil rakyat yang tidak langsung membantu menyelesaikan perkara ini?

Justeru, diharap pihak berkaitan mengkaji semula punca kemalangan yang mungkin disebabkan masalah teknikal jalan itu sendiri dengan membuat beberapa penambahbaikan seperti melaksanakan pemotongan road median supaya tidak terlalu tajam dan membina superelevation di kedua-dua belah laluan.

PENDUDUK SELANGOR
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya