Pas tiada hak persoalkan ahli Parlimen ASEAN - Utusan Malaysia

Pas tiada hak persoalkan ahli Parlimen ASEAN

KAMARUZAMAN Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA sangat hairan apabila Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad mempertikaikan suara ahli Parlimen negara-negara ASEAN yang baru-baru ini menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Menurut Kamaruzaman, suara mereka tidak mewakili kerajaan masing-masing. Persoalannya siapa Pas untuk mempertikaikan desakan 90 ahli Parlimen dari tujuh negara ASEAN itu?

Pas mungkin lupa kerajaan Malaysia juga mendesak hal sama apabila tentera Myanmar melakukan rampasan kuasa. Jadi apabila ada desakan pihak luar, ini bermakna ketidakadilan sedang berlaku dalam sistem politik negara kita.

Kita mempersoalkan tentera Myanmar yang merampas kerajaan daripada pemimpin demokrasi, Aung San Suu Kyi namun apabila negara lain mempersoalkan Malaysia yang tidak membenarkan Parlimen bersidang, tiba-tiba kita menyatakan mereka tiada hak pula.

Kamaruzaman dalam kenyataannya menyatakan pelaksanaan Ordinan Darurat yang menepati garis panduan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mungkin Pas lupa menyebut satu fakta, garis panduan itu hanya melibatkan darurat kesihatan dan tiada satu negara di dalam dunia ini bertindak menggantung sidang Parlimen.

Tiada siapa mempertikaikan darurat, sebaliknya yang dipersoalkan penggantungan sidang Parlimen yang merencatkan sistem demokrasi negara. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said juga hairan dengan penggantungan Parlimen ini.

Dalam pada itu, tindakan Pas mempersoalkan status Timor Leste sebagai anggota negara ASEAN juga dilihat tidak wajar dan hanya akan mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia dengan negara tersebut.

YUSLAINI AZMI
Ketua Srikandi PKR Terengganu

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya