“Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa” menggambarkan betapa halus budaya dan adab bangsa Melayu Nusantara. Berlandaskan ‘budi’, mereka membangunkan tamadun yang dibanggakan dari zaman ke zaman walaupun budi tidak mudah dibalas. Bak kata pantun: Pisang emas dibawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa mati Sekalung bunga dihadiahkan dengan ikhlas oleh ketua negara, diiringi lagu negara dikemundangkan berserta air mata berlenang mengenang semula budi yang telah ditaburkan setulus hati. Amalan seperti ini lazim dilakukan setiap kali berhadapan ulang tahun memperingati gugurnya perajurit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya