Allah SWT menjelaskan kepada kita, penciptaan manusia berasal dari rumpun yang satu. Namun begitu, dalam penciptaan-Nya terdapat dua faktor berbeza. Pertama, faktor yang membezakan antara jantina. Kedua, yang membezakan antara satu kabilah dan kabilah lain. Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 13, surah al-Hujurat bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan di antara satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa di antara kamu.” Justeru,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya