Lompat parti: Wakil rakyat patut malu kepada pengundi - Utusan Malaysia

Lompat parti: Wakil rakyat patut malu kepada pengundi

Ahli Parlimen yang melompat parti diibaratkan sebagai pengkhianat kerana membelakangkan kepercayaan pengundi. – GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU lompat parti dalam kalangan ahli politik semakin menjadi-jadi. Mereka yang melakukan perkara tersebut seolah-olah tiada pendirian dan mudah dibeli oleh parti lain, selain semata-mata mahukan kedudukan dan kuasa.

15 ahli Parlimen UMNO yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak layak dipanggil wakil rakyat kerana mereka gagal menyempurnakan janji untuk mewakili majoriti pengundi yang telah memilih mereka.

Ini kerana kemenangan tempoh hari adalah atas tiket UMNO dan apabila mereka berpaling arah daripada parti, sekali gus bermakna mengkhianati kepercayaan pengundi.

Kini, mereka dilihat seperti ‘tidak sempurna akal’ kerana mewakili pengundi yang tidak memilih mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Perlu ingat, mereka menang atas kepercayaan yang diberikan oleh pengundi, namun dengan mudah membelakanginya.

Mereka patut malu dengan tindakan mereka yang begitu mudah dipengaruhi pihak lain.

MELAYU JATI MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya