Pada bulan Mac saban tahun dunia meraikan tiga sambutan penting berkaitan dengan kelestarian alam iaitu Hari Hidupan Liar Sedunia, Hari Hutan Sedunia dan Hari Air Sedunia. Ketiga-tiga sambutan ini diraikan adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dunia tentang kepentingan memelihara dan menjaga simbiosis komponen-komponen berkenaan yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Kesedaran tentang kepentingan memelihara ekosistem hutan, hidupan liar dan sumber air perlu diperkasakan dalam kalangan masyarakat dunia, sementelah ketiga-tiga komponen berkenaan kian diancam kemerosotan ekoran daripada sikap alpa dan tidak bertanggungjawab dalam kalangan segelintir kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya