Kenapa perlu bayar RM10 buka akaun? - Utusan Malaysia

Kenapa perlu bayar RM10 buka akaun?

Tidak sepatutnya bank mengenakan caj RM10 untuk membuka membuka akaun baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Antara kebaikan menabung adalah wang yang disimpan boleh digunakan pada masa kecemasan atau keperluan masa hadapan. Disebabkan itu, ramai memilih untuk menyimpan wang di bank.

Namun, saya terkilan apabila diarahkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) membayar RM10 bagi tujuan membuka akaun. Bagi saya, tiada keperluan pun berbuat begitu.

Ini kerana pendeposit akan memasukkan jumlah wang yang mahu disimpan mengikut keperluan mereka, sekali gus menjadikan akaun kekal aktif.

Justeru, saya meminta kerajaan mengkaji perkara ini.

Pada masa sama, saya juga mahu mengetahui ke mana wang tersebut pergi dan adakah ia digunakan untuk sebarang tujuan dalam pentadbiran kerajaan.

Saya mempunyai hak untuk menyoal perkara ini kerana ia melibatkan wang rakyat.

UYOK HASSAN
Segamat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN