Jangan tertipu dakyah antivaksin - Utusan Malaysia

Jangan tertipu dakyah antivaksin

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19. – UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-baru ini kerajaan menyasarkan antara 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam mencapai imuniti kelompok.

Namun, ada golongan antivaksin sedang giat berusaha dengan dakyah-dakyah mengenai vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang kononnya memudaratkan kesihatan.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan mufti di setiap negeri dengan jelas mengatakan hukum pengambilan vaksin adalah harus, namun golongan antivaksin masih berdegil dan enggan menerima suntikan vaksin.

Malah, mereka dilihat aktif mempengaruhi golongan atas pagar untuk menyokong menggagalkan usaha kerajaan dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 dengan mendedahkan kesan sampingan akibat pengambilan vaksin dari negara luar.

Oleh itu, kerajaan perlu tegas seperti mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang enggan menerima suntikan vaksin kerana boleh mendedahkan kepada pertambahan kes Covid-19 di negara ini.

Pada masa sama, kerajaan diminta menggunakan saluran media dengan sebaik mungkin dalam menyampaikan kebaikan dan kelebihan pengambilan vaksin.

ZAINI
Batu Pahat, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya