Jadikan TV6 saluran animasi tempatan, Jepun - Utusan Malaysia

Jadikan TV6 saluran animasi tempatan, Jepun

RTM pada ketika ini kurang menyiarkan rancangan animasi Jepun baik di TV1, TV2 ataupun TV Okey. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengucapkan terima kasih kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana sedang menguji saluran baharu TV6 (saluran 113 MYTV) melalui platform myFreeview. Maklumlah, RTM akan menyambut ulang tahun ke-75 pada 1 April ini.

Ketika ini, saluran TV6 menyiarkan pelbagai rancangan lama yang kebanyakan dikelola sepenuhnya oleh RTM bagi membuktikan saluran tersebut adalah milik RTM.

Diharap apabila saluran TV6 dilancarkan nanti adalah lebih baik dijadikan saluran anime (animasi dari Jepun) dan animasi tempatan 24 jam sehari kerana RTM pada ketika ini kurang menyiarkan sebarang rancangan anime baik di TV1, TV2 ataupun TV Okey.

Diharap selepas pelancaran saluran TV6 nanti, RTM boleh menguji beberapa saluran baharu lain, antaranya saluran TV4 (bahasa Melayu), TV5 (bahasa Cina), TV10 (saluran hiburan umum Inggeris) dan sebuah saluran keagamaan naungan sendiri.

Masukkan sekali RTM Sports dan Berita RTM dalam saluran khusus agar siaran sukan secara langsung dan kesemua slot berita serta rancangan maklumat dalam bahasa kebangsaan hanya disiarkan di saluran masing-masing.

Jasa baik pihak RTM amat kami hargai. Terima kasih.

PEMINAT ANIME
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya