Hapus kontraktor khidmat sokongan - Utusan Malaysia

Hapus kontraktor khidmat sokongan

SEJAK pertengahan 1990-an, kerajaan telah menswastakan perkhidmatan sokongan termasuk pengawal keselamatan di sekolah. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan mewujudkan 500,000 pekerjaan baharu tidak menyentuh langsung nasib pekerja perkhidmatan sokongan yang terus berada dalam kemiskinan.

Sejak pertengahan 1990-an, kerajaan menswastakan perkhidmatan sokongan seperti pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan di jabatan kerajaan, hospital dan sekolah.

Kontrak yang menguntungkan itu dikatakan diberi kepada kontraktor yang menjadi kroni ahli politik tertentu.

Kebanyakan kontraktor terbabit mengaut untung besar tetapi pekerja perkhidmatan sokongan terus berada dalam kancah kemiskinan.

Terdapat juga dalam kalangan pekerja rakyat tempatan yang diberhentikan kerana kontraktor terbabit beralih mengambil warga asing yang dibayar gaji lebih rendah.

Tindakan kontraktor berkenaan telah meningkatkan pengangguran dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40), melebarkan jurang antara kaya dan miskin, menyebabkan kualiti perkhidmatan sokongan merosot dan meningkatkan pengaliran keluar wang ke luar negara.

Kerajaan perlu menghentikan pemberian kontrak perkhidmatan sokongan kepada kontraktor sebaliknya membayar gaji berpatutan secara langsung kepada pekerja tanpa perlu melalui orang tengah.

Menurut kajian Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan, langkah itu boleh meningkatkan gaji pekerja sebanyak 50 peratus dan menjimatkan kos kerajaan sebanyak RM200 juta.

Peningkatan gaji pekerja akan menarik lebih ramai warganegara tempatan untuk bekerja dalam sektor itu sekali gus menurunkan kadar pengangguran dan menjimatkan berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.

SHARAN RAJ
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya