Gelandangan mualaf dibantu - Utusan Malaysia

Gelandangan mualaf dibantu

GOLONGAN gelandangan mengikuti Program Pemantapan Saudara Baharu Pusat Komuniti Sentul Perdana 2021, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MENYEDARI kepentingan pendidikan agama kepada saudara baharu dalam kalangan gelandangan di ibu kota, membuka jalan kepada Pertubuhan Dai Kuala Lumpur (DAIKL) bersama Yayasan Ar-Ri’ayah menjalin kerjasama menganjurkan program Pemantapan Saudara Baharu Pusat Komuniti Sentul Perdana 2021, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan secara bersiri dengan memfokuskan pengajian fardu ain kepada saudara seagama itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan golongan sasar dakwah.

Selain mengajar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut membantu dalam urusan dokumentasi permohonan kad pengenalan.

Selain itu, program ini berjaya mengenal pasti beberapa masalah yang dihadapi golongan tersebut. Antaranya berkaitan kewangan kerana mereka tidak bekerja disebabkan faktor usia yang sudah lanjut dan dibuang ahli keluarga setelah menukar agama ke Islam.

Mereka juga kurang bergaul dengan masyarakat ekoran kehidupan sebagai gelandangan selain tiada motivasi untuk mempelajari agama Islam. Malah, terdapat dalam kalangan mereka menghadapi masalah kesihatan.

AIZUDDIN HAKIM MOHD. YUSOF
Timbalan Pengerusi Pertubuhan Dai Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya