Ekopelancongan bantu pulih ekonomi - Utusan Malaysia

Ekopelancongan bantu pulih ekonomi

Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan dijangka mula dibuka secara berperingkat selepas 40 peratus rakyat Malaysia menerima dos kedua vaksin Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KELONGGARAN pergerakan pelancong di dalam negara baru-baru ini telah memberi peluang kepada industri pelancongan untuk pulih. Antara yang boleh ditumpukan adalah bidang ekopelancongan.

Ringkasnya, ekopelancongan adalah salah satu bentuk pelancongan lestari yang membolehkan pelancong menghayati alam semula jadi.

Ekopelancongan semakin menjadi tumpuan kerana pandemik Covid-19 telah memberikan kesan positif apabila mewujudkan persekitaran semula jadi yang lebih bersih dan hijau ekoran pergerakan terhad orang ramai untuk merentasi sempadan.

Misalnya, Sungai Melaka telah menjadi semakin bersih dan jernih setelah dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan bermula Mei 2020.

Dalam usaha menggalakkan ekopelancongan, adalah penting semua rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membasmi pandemik Covid-19.

Bagi negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti pelancongan terhad kepada 50 peratus kapasiti premis tersebut. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah zoo, kebun, akuarium, taman rekreasi dan taman warisan semula jadi.

Sebaliknya, negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dapat beroperasi dengan kapasiti penuh dengan memastikan jarak fizikal dan pemeriksaan suhu pelawat pada setiap masa.

Penekanan kerajaan terhadap ekopelancongan akan membantu pemain industri itu mengatasi kegawatan ekonomi.

Turut disokong, komitmen kerajaan dalam menyediakan peluang pekerjaan bagi komuniti setempat dan Orang Asli sebagai jurupandu pelancong di semua taman negara di bawah Belanjawan 2021.

Ini akan memberi peluang kepada mereka untuk mendidik para pengunjung mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar. Dengan mengurangkan yuran masuk ke taman-taman negara, rakyat lebih mudah menikmati alam semula jadi, melakukan senaman, berehat dan melepaskan tekanan melalui aktiviti berjoging dan mendaki.

AMANDA YEO
Penganalisis penyelidik di EMIR Research

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya