BERMULA dua atau tiga dekad pasca Perang Dunia Kedua, kuasa lunak (soft power) menjadi satu-satunya mekanisme penting untuk negara kuasa besar meneruskan hegemoni terutama bekas tanah jajahan. Tetapi semua ini berlaku dengan pendekatan yang lunak dan mesra demi kelestarian penjajahan baharu. Maka jambangan bunga pun dihulur kepada negara lain yang lebih kecil pengarunnya, atau suatu waktu dulu pernah dijajah dan ditindas. Duri-duri di tangkai bunga pun digenggam dengan penuh rasa persahabatan. Kerana datangnya dengan lunak dan mesra, luka-luka dulu pun terbebat akhirnya. Negara kuasa besar menggunakan ekonomi untuk menggerakkan kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya