DBP tolong jangan menyusahkan - Utusan Malaysia

DBP tolong jangan menyusahkan

TERDAPAT larangan untuk menyalin segala maklumat yang terkandung dalam PRPM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MATLAMAT penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (Pindaan dan Peluasan 1995) adalah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi, juga memperkembangkan bakat sastera.

Tujuan lain adalah untuk menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa lain serta membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Yang paling penting bagi saya adalah matlamat untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan memastikannya dapat digunakan secara meluas.

Untuk membolehkan fungsi itu dilaksanakan, maka DBP mewujudkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dilayari menerusi https://prpm.dbp.gov.my bagi membolehkan orang ramai membuat semakan ejaan bahasa Melayu yang betul secara dalam talian.

Selain itu, rujukan dalam PRPM meliputi kamus Melayu dan Inggeris, istilah (Malaysia, Indonesia dan Brunei), ensiklopedia, puisi, bahasa sukuan ( Sabah dan Sarawak), peribahasa, arkib khidmat nasihat DBP dan tesaurus bahasa Melayu.

Cuma yang menjadi kemusykilan saya, terdapat larangan menyalin segala maklumat yang terkandung dalam PRPM dengan mesej: “Mohon maaf, kandungan PRPM tidak dibenarkan untuk dipindahkan ke bentuk lain.”

Untuk pengetahuan DBP, ada masanya PRPM tidak dapat dicapai kerana masalah talian internet. Jadi, ada sesetengah individu yang suka menyimpan maklumat dalam komputer atau pemacu pena untuk rujukan pantas ketika saat memerlukan kerana daya ingatan manusia selalunya bersifat jangka pendek. Sekarang ingat, beberapa minggu selepas itu akan lupa.

Kenapakah salinan tidak dibenarkan jika benar DBP ikhlas menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan meluas?

MEJAR PENCEN
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya