Cukup-cukuplah berpolitik, tunggu Covid-19 reda - Utusan Malaysia

Cukup-cukuplah berpolitik, tunggu Covid-19 reda

Program Imunisasi Kebangsaan menjadi petanda aras dalam usaha kerajaan untuk kembali bangkit selepas penularan pandemik Covid-19 sejak Februari tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK penularan wabak Covid-19, saya melihat ramai warga emas meminta sedekah daripada orang ramai.

Masyarakat pula memberi tanpa banyak bicara kerana memahami situasi sedemikian. Sikap bantu membantu inilah tunjang budaya masyarakat kita.

Keharmonian sebegini jugalah yang perlu diamalkan oleh ahli politik dalam keadaan wabak yang masih lagi belum reda.

Jangan dihimpunkan orang ramai dengan mengadakan pilihan raya umum atau majlis-majlis politik kerana nyawa manusia lebih utama.

Tundalah dahulu sebarang majlis setidak-tidaknya sehingga keadaan pandemik terkawal. Apa yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah jangan dilupakan dan perlu dijadikan pengajaran kerana menjadi punca kes Covid-19 melonjak naik.

Sekiranya berterusan bermain politik, tidak mustahil ekonomi negara akan merudum. Kita perlu teruskan momentum untuk memastikan negara berjaya keluar dari pandemik ini melalui Program Imunisasi Kebangsaan.

Apabila segalanya sudah terkawal, ahli politik boleh kembali semula ke pentas politik. Namun buat masa ini, kerajaan perlu memperbanyakkan bantuan kepada golongan M40 dan B40.

Mari melonjakkan kembali ekonomi dan kesihatan tanpa melayan kerenah ahli-ahli politik. Pada masa sama, media perlu berperanan memastikan usaha kerajaan berjaya tanpa terlalu banyak cerita politik dimainkan.

Mari kita menjadi manusia seumpama umat Islam yang bersatu dan berjaya seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 dan menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dalam bidang pendidikan, pertanian, pelancongan dan menjadi pilihan pelabur asing.

AMAZIZA
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya