Apa status tentera angkasa lepas - Utusan Malaysia

Apa status tentera angkasa lepas

PENUBUHAN tentera angkasa lepas boleh merangsang pertumbuhan industri baharu di Malaysia seperti pembinaan pesawat angkasa. – IHSAN USSF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 20 Disember 2019, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menubuhkan cabang keenam tentera negara itu dikenali dengan nama The United States Space Force (USSF) atau Tentera Angkasa Lepas AS.

Antara fungsinya adalah melindungi aset-aset AS seperti satelit daripada ditembak jatuh dan melawan musuh yang beroperasi di angkasa lepas.

Langkah itu dibuat kerana tidak mahu ketinggalan berbanding Rusia dan China yang telah terlebih dahulu menubuhkan tentera angkasa lepas masing-masing pada 2015. Negara-negara lain yang telah menubuhkan cabang sedemikian ialah Perancis dan Iran.

Negara-negara seperti Australia, Israel, Turki dan Thailand pula mempunyai unit khusus untuk tujuan itu tetapi tidak besar.

Saya ingin tahu adakah Malaysia telah membuat persediaan untuk menubuhkan tentera angkasa lepas? Adakah kita akan terus ketinggalan dalam pelbagai bidang seperti sekarang kerana para pemimpin asyik berpolitik dan merebut kuasa?

Ketidakupayaan Malaysia menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri yang berpunca daripada kegagalan kita merancang untuk masa depan harus dijadikan sebagai iktibar.

Penubuhan tentera angkasa lepas boleh merangsang pertumbuhan industri angkasa lepas tempatan dalam reka bentuk pesawat angkasa dan satelit serta kelengkapan ketenteraan dan senjata api yang boleh diguna di kawasan graviti sifar.

LASKAR MUDA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya