Tambah nilai kad Touch ‘n Go dengan e-dompet - Utusan Malaysia

Tambah nilai kad Touch ‘n Go dengan e-dompet

TnG melaksanakan proses bayaran balik segera kepada pengguna bagi baki kad dan meningkatkan advokasi berkaitan fungsi Kad Visa TnG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA baik buat pengguna kad Touch ‘n Go yang menjanjikan dua pembaharuan. Pertama, pemansuhan surcaj sebanyak 10 peratus apabila pengguna meletakkan kenderaan menggunakan kad tersebut. Kedua, tambah nilai kad fizikal boleh dibuat menerusi aplikasi e-dompet.

Selama ini berlaku kesulitan apabila pengguna perlu menambah baki identifikasi frekuensi radio (RFID) dan kad fizikal secara berasingan.

Dalam kenyataan terbaharu syarikat itu, pengguna bakal menikmati keselesaan kemudahan tambah nilai kad fizikal menerusi aplikasi e-dompet menjelang akhir tahun ini.

Dalam situasi pandemik Covid-19, langkah itu sepatutnya sudah diperkenalkan sejak tahun lalu, namun tidak pasti mengapa syarikat tersebut mengambil masa agak lama untuk mencari penyelesaian ini sedangkan ramai pengguna mengeluh mengenai perkara ini.

Langkah ini dapat mengelak orang ramai daripada berinteraksi dan bersentuhan semasa melakukan tambah nilai di kaunter, sekali gus dapat mengekang penularan pandemik Covid-19.

Pun begitu, kami berterima kasih kepada syarikat berkenaan yang akhirnya mengambil keputusan pintar dan mendengar keluhan pengguna.

AZAM MD. BAKREE
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya