Tak usah bermegah kerusi siapa paling banyak - Utusan Malaysia

Tak usah bermegah kerusi siapa paling banyak

TEMPOH darurat ini perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh kerajaan termasuk mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Proklamasi darurat mencetuskan 1,001 reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Jika dibaca komen warganet dalam media sosial, ramai dalam kalangan mereka menyambut baik pengisytiharan tersebut tetapi ada juga yang tidak berapa setuju.

Perbezaan pandangan seumpama ini adalah perkara biasa selaras prinsip kebebasan bersuara. Dalam situasi pandemik, pelaksanaan darurat adalah untuk melindungi keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam.

Oleh itu, tiada keperluan langsung bagi mana-mana pihak untuk membangkitkan isu-isu yang boleh menimbulkan keresahan rakyat dan menakutkan pelabur seperti pertukaran kerajaan, perebutan jawatan, pertikaian kerusi pilihan raya, perbalahan antara parti politik, pembubaran Parlimen dan desakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15.

Sebaliknya, semua pihak harus berusaha memainkan peranan masing-masing dalam menyokong usaha menangani pandemik Covid-19.

Tidak guna bermegah mengenai siapa mempunyai kerusi paling banyak tetapi hakikatnya rakyat sengsara, tidak cukup makan manakala peniaga ‘berlumba’ tutup kedai dan pasaran saham menjunam. Dalam tempoh darurat ini, eloklah semua pihak bersabar dan laksanakan gencatan politik.

Tempoh darurat ini perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh kerajaan untuk lebih fokus membendung Covid-19 meliputi pencegahan serta mempercepatkan pemberian vaksin kepada rakyat.

Di samping tumpuan kepada kesihatan, tempoh darurat yang dijangka sehingga Ogos ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan untuk memulihkan semula ekonomi selain meningkatkan semula keyakinan pelabur termasuk melaksanakan penambahbaikan terhadap pelan pemulihan ekonomi sedia ada jika perlu.

ABDUL YAZID ALIAS
Bekas wartawan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya